Duration dan Price Type

Bila kamu hendak membuka posisi kamu perlu meletakkan pesanan "masukkan". Jika dan bila pesanan masukkan terlaksana, posisi itu akan menjadi OPEN dan memulakan kitar hidup dalam pasar. Untuk posisi yang dibuka sebelumnya arahan untuk menutupnya boleh dimasukkan bila-bila masa saja.


Pesanan GTC (Bolehpakai Sehingga dibatalkan) (Good Till Cancelled) akan terus berada dalam pasar sehingga kamu membatalkannya dan ianya adalah jenis jangkamasa pesanan yang [default]. Pesanan GTD (Bolehpakai Sehingga Tarikh) (Good Till Date) akan terus berapa dalam pasar sehingga tarikh yang kamu nyatakan, dan pesanan IOC (Serta-merta Atau Batal) (Immediate Or Cancel) akan dilaksanakan serta-merta (sekiranya semua syarat dipenuhi) atau di batalkan.


Memulakan urusniaga dengan pesanan hentian [stop order] nermakna kamu hanya akan buka posisi jika pasar bergerak pada arah yang kamu jangkakan. pesanan batasan [limit order] ialah pesanan untuk beli [buy] pada harga di bawah harga terkini, atau jual [sell] pada harga di atas harga terkini.


Pesanan limit ialah pesanan untuk membeli di bawah harga terkini, atau jual pada harga di atas harga terkini. Sebagai contoh jika sesuatu instrument pasar diniagakan pada 1.2952 / 1.2955 dan kamu percaya harga ini adalah mahal, kamu boleh letakkan pesanan limit untuk beli pada 1.2945. Jika terlaksana ianya akan memberikan kamu posisi untuk instrument pasar itu pada 1.2945, ianya adalah 10 pip lebih baik daripada sekiranya kamu beli menggunakan pesanan market. pesanan stop ialah pesanan dimana kamu membeli pada harga di atas harga terkini pasaran atau jual di bawah harga terkini pasaran, ianya biasanya digunakan jika kamu tidak berada di meja kamu dan kamu hendak menangkap trend. Jika sesuatu instrumen pasar diniagakan pada harga 1.2952 / 1.2955, kamu boleh meletakkan pesanan stop pada harga 1.2970. Sekiranya pasar bergerak ke atas ke harga tersebut, pesanan kamu akan terlaksana dan akan membuka posisi long. Sekiranya pasar terus bergerak mengikut arah trend yang sama, posisi kamu akan membawa keuntungan kepada kamu.

Forex Trading Strategy

Sasaran kamu dalam urusniaga ialah beli pada harga rendah kemudian jual pada harga tinggi. Sebagai contoh kamu boleh beli satu instrumen pasar (kuantitinya 10000) pada harga 1.2349 dan kemudian jual pada harga 1.2458. Kamu membuat keuntungan sebanyak 109 (dalam matawang dimana instrumen itu dinominasikan).


Pedagang membuat keputusan menggunakan laporan perniagaan, dasar ekonomi, faktor teknikal dan maklumat berkaitan yang lain. Pedagang teknikal menggunakan carta, garis kecenderungan trend lines, tahap sokongan support dan tahap anjal resistance, dan beberapa pola dan analisa matematik untuk mengenal pasti peluang jualbeli, sementara ahli dasar-dasar ekonomi atau fundamentalist meramalkan pergerakan harga dengan mentafsirkan pelbagai maklumat ekonomi, termasuk berita, laporan dan petunjuk yang dikeluarkan oleh kerajaan, malah khabar angin. Bagaimanapun pergerakaan harga paling dramatik berlaku bila peristiwa yang tidak dijangkakan berlaku. Peristiwa itu meliputi daripada kenaikan kadar faedah tempatan atau domestic interest rates hingga ke keputusan pilihanraya atau juga aksi peperangan. Walaubagaimanapun kebiasannya jangkaan terhadap peristiwa itu yang mengerakkan pasar berbanding peristiwa itu sendiri.


Posisi Long (beli kemudian jual) dan posisi Short (jual kemudian beli) adalah: Posisi Long rengkasnya adalah dimana peniaga membeli instrumen pasar pada satu harga dan dengan tujuan untuk menjualnya kemudian pada harga yang leibh tinggi. Dalam senario ini, peniaga mendapat keuntungan daripada pasar yang meningkat. Posisi short adalah dimana peniaga menjual instrumen pasar dengan jangkaan ianya akan menurun. Dalam senario ini, peniaga mendapat keuntungan daripada pasar yang sedang menurun.

Trading Forex, Index, Commodity, Fund kat Marketiva

Tukaran Matawang asing (Forex) adalah pasaran terbesar dan jauh besar daripada pasaran-pasaran lain di dunia, dari segi nilai diniagakan, dan termasuk urusniaga antara bank-bank besar, bank pusat, spekulator matawang, syarikat berbagai negara atau multinational corporations, kerajaan dan pasaran kewangan yang lain, institusi dan entiti. Peniaga Forex pada satu masa yang sama membeli satu matawang dan menjual yang satu lagi dan matawang selalunya diletakkan harga dan diniagakan secara pasangan. Tiada pusat pertukaran fisikal dimana transaksi Forex berlaku kerana urusniaga matawang dibuat diantara rakan kongsi secara bebas, secara peribadi, melalui telefon atau secara talian langsung atau 'online'


Pasar Indeks ialah perwakilan nilai bagi set sekuriti yang mengandungi sektor atau industri pasar tertentu, yang mempunyai penguasaan di pasar yang sama, atau disenaraikan di tukaran yang sama. Indeks selalunya menjadi ukuran atau barometer terhadap prestasi kewangan atau ekonomi yang diukur. Beberapa kaedah digunakan untuk menentukan nilai indeks, setengahnya menyukai penguasaan pasar, yang lain menyukai bahagian dalam pasar atau harga sekuriti. Pasar indeks antarabangsa biasanya diterbitkan di media sebagai petunjuk trend ekonomi di beberapa bahagian dunia.


Komoditi adalah sumber asa dan bahan mentah atau produk utama seperti logam, tenagan dan produk agrikultur. Sumber dan produk ini di niagakan di tukaran komoditi dan di pasaran atas-kaunter 'over-the-counter', dimana ianya dibeli dan dijual dalam kontrak standard. Lelongan terbuka, dimana peniaga bersemuka untuk beradu niaga, ianya merupakan cara utama urusniaga komoditi sebelum pengenalan sistem urusniaga elektronik yang meluas pada masa sekarang. Peserta urusniada komoditi terdiri daripada koperasi usahasama perladangan yang berusaha menentang hasil tuaian yang kurang baik sehingga kepada syarikat minyak dan spekulator pasaran.


Funds atau Dana pelaburan adalah ditawarkan oleh berbagai institusi, bank pelaburan, firma kewangan dan entiti lain, saham dana dibeli dan dijual melalui tempat pertukaran berpusat atau jualan runcit secara langsung. Dana selalunya distrukturkan untuk ditujukan ke wilayah geografi spesifik, industi-industri spesifik dan stail pelaburan. Pelabur dana secara tipikalnya dinasihatkan untuk memegang saham mereka untuk sekurang-kurangnya setahun untuk menampung bayaran-bayaran permulaan dan potensi kejatuhan harga saham dana. Dana adalah dianggap pelaburan jangka-panjang dan secara normalnya tidak berkaitan dengan spekulasi dan urusniaga harian atau 'day-trading'.



Marketiva menyediakan perkhidmatan urusniaga untuk instrumen Forex, Index, Commodity, Fund yang disenaraikan di halaman:
http://www.marketiva.com/index.ncre?page=instruments.
Sila pilih Forex, Indexes, Commodities, Funds pada ruangan [Type] dan klik button <Filter Instrument> untuk mendapatkan senarai dan maklumat lengkap untuk instrumen itu.

Sebelum kamu boleh mula berurusniaga, kamu perlu membuka akaun dengan kami (ianya percuma) dan muat turun platform urusniaga (Streamster). Untuk buka akaun, sila lawati:
https://www.marketiva.com/index.ncre?page=open-account
dan lawati halaman ini untuk memuat turun Streamster:
http://www.marketiva.com/index.ncre?page=downloads .

Cari Blog Lain

Program Bisnis Internet Gratis